CINTA: UNGKAPAN
YANG SERING DISALAHTAFSIRKAN
Kalimah
cinta sering diucapkan, namun keseringan kita menyebut cinta belum bermakna
kita sudah mempunyai pengertian yang tepat mengenainya. Akibatnya, cinta sering
disalahtafsirkan. Salah tafsiran mendorong kepada salah tindakan. Daripada
sesuatu yang mahal dan murni sifatnya, cinta bertukar menjadi salah satu yang
termurah dan tercemar.
Kerap
kali, cinta menjadi sesuatu yang pedih, jijik dan mengecewakan. Kecewa
bercinta, 'cinta monyet' dan sebagainya sudah tidak asing lagi dikalangan
remaja. Ramai yang telah menderita kerana cinta. Lalu berderetanlah korban
cinta sepanjang zaman seperti Romeo dan Juliet, Uda dan Dara dan Anthony dan
Cleopatra.
Sebelum
mengaitkan cinta dan perkahwinan, adalah lebih baik jika diperjelaskan falsafah
cinta itu terlebih dahulu. Ini bukanlah persoalan ilmiah yang menurut perahan
akal tahap sarjana, tetapi perbahasan mudah yang melibatkan fitrah dan rasa.
Justeru cinta adalah fitrah yang dikurniakan Tuhan kepada setiap manusia.
Ingin
menyintai dan dicintai adalah keperluan semulajadi yang perlu diisi. Hati
memerlukan cinta, sama seperti jasad memerlukan makanan. Begitu juga manusia
memerlukan agama sebagai petunjuk. Anehnya,apa yang kita rasai tidak semestinya
kita fahami. Lalu apakah sebenarnya cinta itu? Mari kita mencari jawapan yang
benar logikal dan pratikalnya yang boleh diterima berdasarakan konsep Islam
sebenar.
Untuk
mengetahui segala-galanya tentang cinta, manusia perlu merujuk kepada pencipta
cinta itu sendiri yakni Allah SWT. Tuhan menciptakan cinta, maka Dialah yang
Maha Mengetahui sifat dan rahsianya. Cinta itu indah kerana diciptakan oleh
Allah Yang Maha Indah. Sabda Rasulullah SAW:-
" Allah itu indah
dan cintakan keindahan"
Bukan saja indah, cinta yang
diciptakan Allah itu bertujuan untuk menyelamatkan, mententeramkan dan
membahagiakan manusia. Tidak kira sama ada dalam komunikasi antara manusia
dengan Tuhan.
Allah
SWT tidak mengurniakan rasa cinta semata-mata, tetapi Allah juga mengurniakan
'hukum' cinta yang mesti dipatuhi demi mencapai maksud penciptaannya. Dengan
'hukum' itu, Allah SWT mengatur agar cinta sentiasa selamat dan menyelamatkan.
Begitulah cinta dalam Islam, ia mempunyai kaedah dan peraturan demi menjaga
kemurnian dan kesuciannya. Selagi manusia berpegang kepada peraturan ini,
selagi itulah cinta terpelihara dalam sifat fitrahnya yang asal, yakni murni,
indah dan mententeramkan.
Tidak
kira di mana dan dalam keadaan apa sekalipun, selagi cinta mematuhi hukum
Allah, selagi itulah ia indah. Inilah faktor penentu keindahan cinta sama ada
sebelum atau selepas perkahwinan. Dalam dua keadaan, yang mana satu lebih
memudahkan hukum cinta itu dipatuhi? Sebelum atau selepas perkahwinan?
Untuk
menjawabnya, kita terpaksa merujuk kepada kenyataan awal semula, yakni cinta
adalah fitrah dari Allah yang ada peraturannya. Untuk mendapat cinta yang
sejati dan berkekalan, peraturan ini mesti dipatuhi.
Peraturan
pertama yang perlu dipatuhi ialah cinta itu mesti dibina atas dasar cinta
Allah. Cintalah sesiapa pun tetapi mestilah kerana Allah. Namun meletakkan
cinta hanya untuk dan kerana Allah tidaklah menghalang meletakkan cinta kepada
yang lain. Islam membenarkan seorang ibu mencintai anaknya, seorang rakyat
menyintai pemimpinnya, seorang isteri menyintai suaminya, malah seorang wanita
terhadap lelaki dan sebaliknya... tetapi dengan syarat cinta itu mestilah
diletakkan atas dasar cinta Allah. Bagi memudahkan bicara agar mudah di fahami,
segala apa yang ingin dicintai, kecintaan kepada Allah dan Rasul mestilah
menjadi keutamaan.
APA TANDANYA KITA
MENYINTAI SESEORANG ATAS DASAR CINTAKAN ALLAH?
Jawapannya di
sini:-
Pertama,
mestilah dipastikan kecintaan itu tidak melebihi cinta kepada Allah. Kita akan
sentiasa mendahulukan kehendak kecintaan utama kita (Allah) daripada kehendak
kecintaan-kecintaan kita yang lain. Pertemuan antara cinta Allah dan kecintaan
kepada yang lain tidak seharusnya berlaku sekiranya cinta Allah mendapat
keutamaan tertinggi dan cinta-cinta lain diatur serta dirujukkan kepada
Allah.
Kedua,
cinta itu mestilah tidak melanggar batas-batas syariat. Jangan cinta
menyebabkan kita berdosa kerana tidak melaksanakan apa yang diperintahkanNya
dan melanggar apa yang dilarangNya. Cinta yang sejati tidak bertuankan nafsu.
Apabila dua syarat ini dilanggar, maka cinta tidak akan murni dan berkekalan
lagi. Inilah punca patahnya cinta selepas perkahwinan. Tetapi, sekiranya dua
hukum cinta dipatuhi, maka disinilah pula letaknya keindahan cinta selepas
perkahwinan.
AWAS!!!! Jangan putusnya cinta diri
musnah seolah2 tidak berakal. Guna nikmat akal dengan berfikir secara waras
apabila menempuhi alam percintaan. Allahlah yang adil dalam meletakkan sesuatu
ke atas hambanya.
Wallahua'lam.
Segala yang baik
dari Allah dan yang kurang dari kelemahan diri saya sendiri. Sebenarnya hakikat
kedua2 itu adalah dari Allah s.w.t.




Tidak ada komentar:
Posting Komentar