Enak dibaca!
Sepertimana yang
diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan
wanita yang menolak perkahwinan.
Antara sebabnya
ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat
kebebasan. Bila berkahwin,
kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula
berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan
anak-anak.
Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi
andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada
jiwa.
kerana terlalu
sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.
Kami akan
menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu
bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang
tidak berkahwin
kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh
dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian.
Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang
mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan
sepertimana yang disebutkan di atas tadi.
Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar
berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga
berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap
demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang
menggalakkan
perkahwinan
tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya
memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia,
ada lelaki dan
ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik
yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.
Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam
masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa
sepertimana di barat.
Walaupun
demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek.
Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga
tidak akan
mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di
akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita,
adalah lebih
banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga
lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga,
suami dan
anak-anak.
Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat
maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.
Ini berdasarkan
sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara
iaitu sembahyang lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan,
menjaga maruah
dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."
Sekiranya seorang wanita itu tidak
berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat.
Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang,
berpuasa dan
menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada
mentaati suami.
Sedangkan
kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita,
sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.
Selain daripada itu di antara kelebihan
wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad
fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung.
Apabila ia
menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga
malam kerana mengurus anak akan diberi
pahala seperti
membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api
ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka.
Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan
diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi
wanita yang tinggal di rumah
kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak
akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita
yang rela dijimak oleh suami
juga akan
mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan
mendapat pahala seperti pahala syahid.
Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan
dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka
di dunia akan selalu
berada di dalam
fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan
berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu.
Yang dimaksudkan
sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah
berkahwin.
Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang
kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak
akan timbul fitnah dan kebinasaan.
" Begitulah
besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk
keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan
seperti
kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri
dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami
redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka
akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat
diperolehi oleh wanita yang
menolak perkahwinan kerana dia telah menolak
untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar