Halaman

Selasa, 07 Februari 2012


WaNiTa IdaMaN.......








































Wanita yang aku sayangi
Adalah pencinta tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawanya
Berakhir....
Wanita yang aku rindui
Adalah wanita yang dimata dan wajahnya
Terpancar sinar Nur Illahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan Allah
Wanita yang aku cintai
Yang menutup auratnya
Dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi
Wanita yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan
Hatiku yang telah jauh
Kepada Ar Rahman dan Ar Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar kebendaan dunia
Wanita yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermatakan benda
Wanita yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puteri
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung
Perjuangan di belakang hari
Sesungguhnya
Wanita yang selalu
Berada di dalam doaku
Adalah diriku,dirimu dan seluruh kaum Hawaku ....
Jadilah... WANITA "Mujahidah" yang diimpikan itu!
Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Ath-Thabrani, pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa' (wanita yang pintar berpidato) datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?" Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi adalah sangat sedikit sekali daripada golongan kamu yang dapat melakukan demikian." 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar